Pergi tak akan kembali.
Seorang seniman filem Malaya tersohor, Ikon Rembau, Kuswadinata atau Kuswadi Bin Bujang, 74 telah kembali ke Rahmatullah pada 5.07 petang semalam, 16 Februari 2013 di Hospital Ampang susulan beberapa penyakit yang dihadapi termasuk kanser usus dan buah pinggang.
Alllahyarham yg berasal dari Rembau daripada sebelah bapanya, dilahirkan pada 8 September 1938 di Jalan Thomson Singapura.
Dilahirkan di Singapura, Kuswadinata memulakan kerjaya sebagai pelakon pada 1957 menerusi syarikat perfileman Cathay Keris. Allahyarham telah memulakan karier sebagai pelakon pada 1957 menerusi syarikat Cathay Keris. Antara filem lakonannya ialah Ibu Mertuaku, Antara Dua Darjat, Lang Buana dan Gerak Khas
Allahyarham, yang meninggalkan dua isteri, sembilan anak, 14 cucu dan seorang cicit, akan dikebumikan hari ini.
Al-Fatihah..
Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
No comments:
Post a Comment