Powered By Blogger

Wednesday, 24 April 2013

REMBAU LENSA WARGHIH DI JALANAN

  

Lensa Jalanan ( Street Lens )

Seminar & Pertandingan Street Photografy ~ 'Talk, Outing & Shooting'  WAREM ( Waris Anak Rembau ) ,  Sempena Karnival “ Warghih Den “ Dengan Kerjasama Tune Talk  Yang Diadakan Pada Hari AHAD  28.APRIL.2013 ,  JAM  8.30AM ,  Di Dataran Senawang Seremban.
Seminar akan menerangkan serba sedikit teknik – teknik asas yang betul dalam penggunaan sesebuah kamera seperti kawalan manual dan sebagainya.Seminar juga akan menerangkan serba sedikit tips – tips untuk menghasilkan sesebuah gambar yang baik seperti penggunaan komposisi yang betul ( rules of third , perspective,framing dan lain – lain).Sedikit tayangan “ Slide Show “ untuk contoh gambar dengan penggunaan teknik yang betul akan di tayangkan.
Tema Pertandingan
~ Gambar penyertaan menunjukkan kehidupan masyarakat warga Rembau dan mengambarkan kehidupan harian yang dirakam secara spontan, candid serta moment terbaik. Memperlihatkan kebudayaan dan perpaduan kehidupan masyarakat berbilang keturunan dan kaum, Ia boleh merangkumi kepada individu, kumpulan, lokasi, budaya, adat serta berlatar belakangkan sejarah & pembangunan REMBAU sebagai mencerminkan keharmonian Malaysia . Mesej visual yang jelas dan kuat adalah faktor penting dan utama yang perlu ada pada setiap gambar yang menyertai pertandingan ini.
                                                       

Pendaftaran : Percuma  (Sabtu ) 8.00 Pagi Di Booth Seminar Fotografi , Dataran Senawang )
Hadiah :-
        Kumpulan Pertama : RM250 
        Kumpulan Kedua : RM200
        Kumpulan Ketiga : RM150 
        Juara Individu : Rm150 
        Terma & Syarat - Syarat Pertandingan :-
        1. Penyertaan Terbuka Kepada Semua Kecuali Urusetia Pertandingan.
        2. Gambar untuk penyertaan pertandingan ini hendaklah diambil dari kawasan Parlimen Rembau & daerah Rembau sahaja dan mestilah karya asli atau tidak diciplak dari mana-mana sumber , Di antara kawasan tersebut:-
a.       Rantau
b.      Chembong
c.       Kota
d.      Paroi
       3. Peserta bebas menggunakan apa sahaja jenis kamera. Gambar yang menyertai pertandingan hendaklah dalam bentuk digital atau filem. Saiz gambar hendaklah sekurang-kurangnya 5 megapixel dalam format JPEG, untuk format filem, peserta dikehendaki membuat salinan digital/scan filem.
        4. Setiap penyertaan akan dinilai berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
        Keaslian, kreativiti, komposisi gambar, penceritaan, tema dan nilai murni yang dipaparkan.
        Kualiti teknikal
        Gambar yang diambil mestilah dalam jangkamasa tarikh seminar pertandingan
·          (  2.30pm tamat  penghantaran penyertaan/diumumkan)
        Serahan gambar perlu mencapai resolusi imej: 300 dpi
        5. Penyertaan tidak akan diterima sekiranya imej diubah secara digital. Hanya penambahbaikan foto  tradisional seperti dodging, peningkatan warna dan kontras serta black & white dibenarkan. (Pengubahsuaian gambar atau imej manipulasi termasuk ‘watermark’ atau sebarang penggunaan tipografi adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali. Gambar tidak boleh diubah dari imej asal.
       6. Setiap Kumpulan Peserta harus menghantar sebanyak 10 keping  gambar yang terbaik sahaja
           serta 10 keping gambar tersebut harus upload ke dalam INSTAGRAM dengan
            nama tempat & 
           #REMBAU #WAREM #WarghihDen #MohWarghih
          6.1. Bagi para peserta yang ingin upload gambar ke dalam TWITTER dan FB,
                 diwajibkan hastag  #REMBAU.        
        7.  Hanya satu (1) foto sahaja yang layak untuk dipilih sebagai pemenang Individu
        8. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan ke atas barang-barang, hasil seni, model, individu atau objek yang terlibat dalam setiap imej untuk pertandingan ini.
       9. Setiap gambar,foto atau imej tetap sebagai hak milik peserta tetapi penganjur berhak menyimpan,mencetak atau menerbitkan gambar-gambar yang dihantar untuk pertandingan ini untuk digunakan dalam sebarang promosi atau komersil.
        10. Semua penyertaan hendaklan sampai kepada penganjur selewat-lewatnya jam 2.30 pm  di Booth Seminar Fotografi. Pemenang akan diumum beserta penyampaian hadiah pada jam 5.00pm pada hari & tarikh yang sama.
       11. Keputusan juri dan pihak penganjur adalah muktamad. Segala rayuan, bantahan dan surat menyurat tidak akan dilayan.
                                         

      Aturcara Program :-
        8.00am : Pendaftaran
        8.30am : Seminar
        9.30am : Outing & Shooting (Pertandingan Street Photography)
        2.30pm : Masa Penghantaran Penyertaan Ditutup / Diumumkan.
        5.00pm : Pengumuman Pemenang & Penyampaian Hadiah.

Hubungi : Fairuz : 0122355102 untuk keterangan lanjut atau ....
email      : warisrembau@gmail.com
facebook : group : (WAREM) Waris Anak Rembau
                : page : Waris Anak Rembau (WAREM)
                : Waris Rembau (Warem)
twitter      : @warisnakrembau
blog         : warisanakrembau.blogspot.com







No comments:

Post a Comment