Seminar & Pertandingan Street Photografy ~ 'Talk, Outing
& Shooting' WAREM ( Waris Anak
Rembau ) , Sempena Karnival “ Warghih
Den “ Dengan Kerjasama Tune Talk Yang
Diadakan Pada Hari AHAD 28.APRIL.2013 , JAM 8.30AM , Di Dataran Senawang Seremban.
Seminar akan menerangkan serba sedikit teknik – teknik asas
yang betul dalam penggunaan sesebuah kamera seperti kawalan manual dan
sebagainya.Seminar juga akan menerangkan serba sedikit tips – tips untuk
menghasilkan sesebuah gambar yang baik seperti penggunaan komposisi yang betul
( rules of third , perspective,framing dan lain – lain).Sedikit tayangan “
Slide Show “ untuk contoh gambar dengan penggunaan teknik yang betul akan di
tayangkan.
Tema Pertandingan
~ Gambar penyertaan menunjukkan kehidupan masyarakat warga
Rembau dan mengambarkan kehidupan harian yang dirakam secara spontan, candid
serta moment terbaik. Memperlihatkan kebudayaan dan perpaduan kehidupan
masyarakat berbilang keturunan dan kaum, Ia boleh merangkumi kepada individu,
kumpulan, lokasi, budaya, adat serta berlatar belakangkan sejarah &
pembangunan REMBAU sebagai mencerminkan keharmonian Malaysia . Mesej visual
yang jelas dan kuat adalah faktor penting dan utama yang perlu ada pada setiap
gambar yang menyertai pertandingan ini.
Pendaftaran : Percuma
(Sabtu ) 8.00 Pagi Di Booth Seminar Fotografi , Dataran Senawang )
Hadiah :-
•
Kumpulan Pertama : RM250
•
Kumpulan Kedua : RM200
•
Kumpulan Ketiga : RM150
•
Juara Individu : Rm150
Terma & Syarat
- Syarat Pertandingan :-
1. Penyertaan Terbuka Kepada Semua Kecuali
Urusetia Pertandingan.
2. Gambar
untuk penyertaan pertandingan ini hendaklah diambil dari kawasan Parlimen
Rembau & daerah Rembau sahaja dan mestilah karya asli atau tidak diciplak dari mana-mana sumber
, Di antara kawasan tersebut:-
a.
Rantau
b.
Chembong
c.
Kota
d.
Paroi
3. Peserta bebas menggunakan apa sahaja
jenis kamera. Gambar yang menyertai pertandingan hendaklah dalam bentuk digital
atau filem. Saiz gambar hendaklah sekurang-kurangnya 5 megapixel dalam format
JPEG, untuk format filem, peserta dikehendaki membuat salinan digital/scan
filem.
4. Setiap penyertaan akan dinilai
berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
•
Keaslian, kreativiti, komposisi gambar,
penceritaan, tema dan nilai murni yang dipaparkan.
•
Kualiti teknikal
•
Gambar yang diambil mestilah dalam jangkamasa
tarikh seminar pertandingan
·
( 2.30pm tamat penghantaran penyertaan/diumumkan)
•
Serahan gambar perlu mencapai resolusi imej: 300
dpi
5. Penyertaan tidak akan diterima sekiranya imej diubah secara
digital. Hanya penambahbaikan foto tradisional
seperti dodging, peningkatan warna dan kontras serta black & white
dibenarkan. (Pengubahsuaian gambar atau imej manipulasi termasuk ‘watermark’
atau sebarang penggunaan tipografi adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali. Gambar
tidak boleh diubah dari imej asal.
6. Setiap Kumpulan Peserta harus
menghantar sebanyak 10 keping gambar
yang terbaik sahaja
serta 10 keping gambar tersebut harus upload
ke dalam INSTAGRAM dengan
nama tempat &
nama tempat &
#REMBAU #WAREM #WarghihDen #MohWarghih
6.1. Bagi para peserta yang ingin upload gambar ke dalam TWITTER dan FB,
diwajibkan hastag #REMBAU.
6.1. Bagi para peserta yang ingin upload gambar ke dalam TWITTER dan FB,
diwajibkan hastag #REMBAU.
7. Hanya satu (1) foto sahaja yang layak untuk
dipilih sebagai pemenang Individu
8. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang
tuntutan ke atas barang-barang, hasil seni, model, individu atau objek yang terlibat
dalam setiap imej untuk pertandingan ini.
9. Setiap gambar,foto atau imej tetap
sebagai hak milik peserta tetapi penganjur berhak menyimpan,mencetak atau
menerbitkan gambar-gambar yang dihantar untuk pertandingan ini untuk digunakan
dalam sebarang promosi atau komersil.
10.
Semua penyertaan hendaklan sampai kepada penganjur selewat-lewatnya jam 2.30
pm di Booth Seminar Fotografi. Pemenang
akan diumum beserta penyampaian hadiah pada jam 5.00pm pada hari & tarikh
yang sama.
11. Keputusan juri dan pihak penganjur
adalah muktamad. Segala rayuan, bantahan dan surat menyurat tidak akan dilayan.
Aturcara
Program :-
•
8.00am : Pendaftaran
•
8.30am : Seminar
•
9.30am : Outing & Shooting (Pertandingan
Street Photography)
•
2.30pm : Masa Penghantaran Penyertaan Ditutup /
Diumumkan.
•
5.00pm : Pengumuman Pemenang & Penyampaian
Hadiah.
Hubungi : Fairuz : 0122355102 untuk keterangan lanjut atau ....
email : warisrembau@gmail.com
facebook : group : (WAREM) Waris Anak Rembau
: page : Waris Anak Rembau (WAREM)
: Waris Rembau (Warem)
twitter : @warisnakrembau
blog : warisanakrembau.blogspot.com
Hubungi : Fairuz : 0122355102 untuk keterangan lanjut atau ....
email : warisrembau@gmail.com
facebook : group : (WAREM) Waris Anak Rembau
: page : Waris Anak Rembau (WAREM)
: Waris Rembau (Warem)
twitter : @warisnakrembau
blog : warisanakrembau.blogspot.com
No comments:
Post a Comment